.:Raberu:.

life (77) wisdom (45) iiu (42) quotes/poems (32) news (24) public interest (17) sightseeing (17) mumbling (13) Utau (9) books (8) events (8) Ramadhan (6) Usrah (5) Baito (3) stories (3)

Wednesday, May 9, 2012

Habis.

akhirnya, tiba lagi kepenghujung. tinggal setahun lagi. tak lama dah. Semoga dipermudahkan-Nya. Berfikir-fikir. Dapat apa di uia? tak dapat apa di uia? tertanya-tanya. Ada lagi perkara yang nak dilakukan sebelum bergelar graduan ijazah sarjana muda?

berfikir secara matang. biarpun pada asalnya tercampak di uia tanpa rela. paksa rela. dengan rasa kecewa. membawa segala rasa pesimis memasuki gerbang uia. mahu keluar juga dengan rasa yang sama? tidak. sama sekali tidak.

mereka membuka mata hati saya. melapangkan dada seluas-luasnya. hikmah yang cukup besar. nilai yang berbeza buat setiap individu. menyesal? tidak. Alhamdulillah, tidak lagi.

dan sekali lagi, Allah telah memberi jawapan kepada segala perancangan-Nya yang maha sempurna:


'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' 
- Surah Al-Baqarah ayat 216

saya mahu melakukan sesuatu yang luar biasa. lebih biasa daripada biasa. timelinenya ialah setahun. berjaya atau tidak, itu perkara kedua. pertama-tama, mesti buat. supaya bila keluar dari gerbang uia, saya tersenyum puas. menangis kegembiraan.

i am a lone ranger disini. lebih sendiri dari bersama. lonely? rarely. sudah biasa. berteman, tapi tak bersama selalu. saya tak ada kumpulan atau kata lain geng, tapi saya ada ramai adik-adik baik hati, manja, peramah, penghibur, pendengar. saya tak ada kumpulan atau kata lain geng, tapi adik-adik saya mengajar saya pelbagai perkara. directly or indirectly. keluarga besar saya, persatuan itu.


nak kata menyesal lagi?tidak lagi. Alhamdulillah. jalan-jalan ini sudah terukir indah. jalan-jalan ini sudah mekar bau wangian bunga-bungaan. jalan-jalan ini dilihatnya menarik terhias cantik. tinggal lagi bertemu penghujungnya.

Our meetings may not meant to be forever,
Our meetings may not ended up, us together,
Our meetings are for me to learn something from you,
And you learn something from me,
It may ended up us parting,
Never meet again,
But, the memories are forever ours,
Living inside our heart.


Monday, April 30, 2012

Sekitar BERSIH 3.0

Saya terpanggil untuk mengupas isu semasa yang masih hangat. Sejujurnya, saya langsung tidak berminat untuk ambil peduli tentang politik. Cukup muak dengan caci-maki, tohmahan dan fitnah-memfitnah antara satu sama lain. Sangat keanak-anakan. Sedangkan, mereka itu sudah berumur 30-an dan lebih, punnya anak-anak yang membesar. Tapi, isu ini, bukan isu politik, biarpun ada yang mengatakan ini adalah mainan politik sesetengah pihak. Ya, mungkin benar. Tapi usul BERSIH bukan mainan politik, ia hanya berkaitan dengan ketelusan, keadilan dan kejujuran. Selagi pilihan raya tidak dijalankan dengan telus, politik negara akan terus-menerus penuh dengan korupsi.

Rumusan hasil dari pemerhatian dan maklumat secondary sources.

Mereka semua adalah mangsa keadaan.
Baik Demonstrator mahu pun polis-polis pilihan.

Ya, saya tidak turun BERSIH 3.0, tapi ambil tahu dan peduli isu yang mahu diketengahkan oleh BERSIH. Maklumat sampai dari orang yang berada di tempat kejadian. Abah dan Ibu yang turun bersama adik-adik, sempat hanya berada di masjid Jamek, sebelum terpaksa berlari pulang kerana semburan gas pemedih mata yang dihamburkan oleh FRU. Abang Ipar yang sudah sehari sebelum hari kejadian berkampung di sana melaporkan setiap ketika perkembangan BERSIH 3.0. Jadi, apakah maklumat ini tidak cukup valid?

Perhimpunan berlangsung aman sebelum berlaku tembakan gas pemedih mata, yang diarahkan betul-betul dihadapan demonstrator. Mengapakah tembakan gas itu berlaku? Menurut abang ipar, berhampiran dengan kawasan dataran, ada seorang demonstrator bertopeng yang melanggar arahan polis dan bertindak melepasi tembok yang dibina polis, sejurus selepas itu, polis membaling gas pemedih mata. Belum sempat para demonstator yang lain berundur, sudah diserang sedemikian. Hanya kerana seorang provoker, yang tidak pasti identity-nya. Seakan ini memang telah dirancang.

Situasi sedemikian tidak akan menjadi parah jika tidak ada musuh dalam selimut, duri dalam daging. Seandainya mereka dibenarkan berhimpun dengan aman, adakah perkara seperti belasah polis/rakyat awam, kerosakan harta awam akan berlaku? Tidakkah kalian melihat betapa kebangkitan rakyat ini tanda-tanda rakyat sudah celik dan jelak melihat pelbagai korupsi negara?

Polis, tidak bersalah kerana tidak punya kuasa untuk menentang arahan pihak atasan. Situasinya, andai mereka menentang, mereka akan hilang kerja, keluarga tiada tempat bergantung. Mahu tidak mahu, mereka turun menentang rakyat sendiri. Bila amarah sudah mengusai diri, bagaimana lagi mereka mahu mengawal suasana tegang dek cetusan provokasi pihak-pihak tertentu? Polis juga manusia biasa, punya ego. Kalau ego sudah tercalar, kita akan melihat mereka sebagai musuh, lalu, berlakulah kekasaran disitu. Seandai mereka punya pilihan dan tidak terikat, mungkinkah mereka bertindak sekejam itu?
Para demonstrator juga tidak bersalah. Mereka sudah berhimpun secara aman. Akibat dari provokasi pihak tertentu, mereka disembur gas pemedih mata, dibelasah dan untuk mempertahankan diri, segelintir daripada yang hadir bertindak kasar terhadap pihak yang berkasar kepada mereka. Antara ratusan ribu yang hadir, berapa ramai yang bertindak kasar? Nisbah yang cukup berbeza. Keadaan akan berbeza andai mereka dibenarkan berhimpun secara aman ditempat pilihan. Apa salahnya Dataran Merdeka? Mengapa A. Samad Said memilih untuk berhimpun di Dataran Merdeka? Tidakkah anda rasa ironinya negara ini, apabila, rakyatnya ingin berkumpul di dataran yang simboliknya dengan kebebasan tidak dibenarkan. Malahan, sering kali apabila ada demonstrasi yang memperlihatkan suara rakyat, perhimpunan ini akan terhalang dan digelar perhimpunan haram.Jadinya dimanakah milik rakyat? Perhimpunan ini akan aman seandainya sedari awal pihak atasan membenarkan rakyat bersuara. Rakyat bergerak secara aman.

Kalau FBI juga kadang merancang muslihat yang melibatkan kematian rakyatnya sendiri demi kepentingan presidentnya, tidak mustahil SB juga boleh bertindak sedemikian. Siapakah provokasi yang mencetuskan satu lagi sejarah Malaysia ini, hanya mereka yang tahu.

Dan ini bukan bermakna saya bersetuju dengan keganasan yang dipamerkan oleh kedua-dua belah pihak. Keganasan itu tetap salah. Apatah lagi dari pihak berkuasa. Mereka menunjukkan contoh yang tidak baik. Buat generasi masa akan datang. Anak saudara saya berkata, "tak mahulah jadi polis, polis jahat"
BERSIH berjaya menyatukan hati-hati masyarakat berbilang kaum. Kenapa perlu lagi ada kata-kata nista bahawa melayu merupakan boneka bangsa lain? Siapakah yang cuba mencetuskan bibit-bibit perkauman? Cukuplah sekali sahaja peristiwa 13 Mei. Hentikanlah pertumpahan darah rakyat sendiri.

'Sesebuah negara terbentuk kerana adanya RAKYAT bukan kerana PEMIMPINnya'

Wallahu'alam.

Friday, April 27, 2012

Them

They are so great!Awesome!Cool!
It's so frustrating!
Every step I walk,
They outrun me

Hastily walking towards the goal is no good
There will be a huge hole if i were to walk faster and hurriedly.
It would tire me more than walking step by step.
But,
I want to be on-par with them

I also don't want them to slow down their pace
Just for me
Ahh! If only they would turn around, checking on me
From time to time.
Helping me solving the puzzle.
Again, too much help could do no good to me.

This journey,
I don't want to be a burden to them.
But, I want to be selfish
Wanting them to help me, yet wanting them to not helping me
Yeah, a conflict within oneself

Truthfully, I don't want to be part of Tall Poppy Syndrome.
Ever.

まえ すすめ!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...